Macam biasa, bangun pagi aku bersiap-siap nak pergi kelas. Kelas pukul 10. To get there about 45 minutes - 1 hour. Sementara bersiap, aku buka facebook...ternampak status salah seorang:
"20 killed in blast at Moscow's central Lubyanka metro station! camna nk pi klas?"
Aku baca status tu dengan monotonus dan tanpa perasaan. Aku teruskan bersiap dan tiba-tiba semua orang kecoh. Kawan aku masuk bilik dan tanya macam mana nak pergi nak pergi kelas sebab line merah metro system (underground train) ditutup. Ada letupan kedua di metro Park Kulturi.
Untuk ke kelas menaiki metro, stesen yang terdekat dengan hostel adalah Sportivnaya dan Fruzenskaya. Kedua-dua stesen ini adalah line merah.
Salah seorang kawan call cikgu dan cikgu batalkan kelas.
Nasib baik cikgu buat kelas pukul 10, kalau cikgu buat kelas pukul 9 ada kemungkinan aku dan kawan-kawan aku berada dalam train tu. Sebab kalau kelas pukul 9, kitorang akan keluar pukul 8 dan letupan di park kulturi berlaku pukul 815am dalam 1st wagon of the train. Dan untuk ke kelas, memang kami akan ambil 1st wagon untuk memudahkan perjalanan.
Ya Allah, alhamdulillah kerana bagi kami masa untuk masih bernafas di bumimu.
p/s: a few malaysian ada dalam train berkenaan dan mengalami minor injury.
3 comments:
fuh! mmg gempar.
alhamdulillah korang sume xde pape.
alhamdulillah korang selamat..tak terbayang hikmah yg Allah da susun dgn sekecik ubahan pade waktu kelas..semoga terus tabah :)
salam dr ukraine :D
alhamdulillah, muslimah kat sini kena lebih berjaga2 ekoran kes ni,semua akan pandang serong tapi insyaAllah semua akan selamat.
Post a Comment